berita

[VIDEO] Aisar Khaled Buat Laporan Polis, Scammer Guna Nama Tipu Orang Ramai – ‘Ada Yang Dah Kena RM60k’

October 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh, Aisar Khaled akhirnya membuat laporan polis berhubung namanya kerap disalah guna individu tidak bertanggung jawab untuk tujuan penipuan atau scammer.

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Sedia Wang Tunai RM100k, Mahu Bantu Pengikut Langsai Hutang

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiahkan RM100,000 Sempena Perkahwinan Rakan Baik

Nama terjejas teruk

Menurut Aisar, laporan tersebut dilakukan bagi membersihkan namanya yang terjejas teruk selepas dituduh menipu orang ramai. Pada masa yang sama, Aisar berharap tiada mana-mana pihak terpedaya dengan taktik yang dilakukan scammer iaitu mengajak orang ramai membuat pelaburan dengan nilai yang rendah dan mendapat pulangan berganda.

Saya buat laporan polis sebab saya tengok sekarang ini terlalu banyak orang guna nama saya untuk tipu orang dengan menawarkan servis bayar RM1,000 dapat pulangan RM60,000. Bayar RM2,000 dapat RM90,000 dan sebagainya.

Ini menjejaskan nama saya dan membuat nama saya buruk. Benda ini kalau saya berdiam, ia tidak akan habis sampai bila-bila.

Tahun lepas saya dah pernah buat laporan, tetapi masih ramai lagi yang kena. Jadi, saya buat laporan ini untuk bagi kesedaran sekali lagi.

Saya yakin lebih daripada 100 orang yang kena scam mencecah 1,000 sebab benda ini sudah lama. Saya diam sahaja dulu, kemudian makin lama saya makin panas sebab itu saya buat laporan.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ??????????? ? (@aisar_khaledd)

Sumber: Aisar Khaled

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×