berita

Wang Tunai RM1 Juta, BMW X4 & Banyak Lagi Untuk Dimenangi Apabila Menyimpan Di BSN!

February 25th, 2020 | by Nurul
Shout Out!

Siapa kata nak jadi jutawan tu hanya angan-angan? Kini, semua orang berpeluang untuk jadi jutawan dengan Cabutan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) tau!

Yang lagi best, tahun ini, BSN menawarkan sebanyak 7,637 jumlah hadiah bernilai RM23 juta! Selain hadiah wang tunai bulanan yang lumayan, BSN turut menawarkan kereta mewah, gadget dan banyak lagi hadiah menarik!

Percaya tak kalau kami kata untuk rebut hadiah ni semua, korang hanya perlu menyimpan di BSN. Seriuslah!

Ini yang korang perlu tahu tentang BSN SSP!

BSN SSP ni merupakan produk simpanan patuh syariah BSN yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, di mana jumlah penyimpan di seluruh Malaysia kini adalah seramai lebih 3.79 juta orang dengan nilai simpanan berjumlah lebih RM3.56 bilion (sehingga Disember 2019)!

Selain inisiatif untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan, CABUTAN BSN SSP ni juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi jutawan dan memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan!

Nak sertai Cabutan BSN SSP ni? Macam ni caranya..

Untuk melayakkan diri korang dalam menyertai Cabutan BSN SSP ni, korang hanya perlu menyimpan minimum RM10. Oh ya, BSN juga masih menawarkan simpanan tunai BSN SSP RM1 juta sebagai ganjaran bagi pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP untuk bulan Januari hingga November 2020.

Sementara itu, bagi bulan Disember 2020 pula, jumlah ganjaran akan berganda kepada RM2 juta! Wow! Korang hanya perlu simpan minimum RM3,000, 90 hari sebelum tarikh cabutan kalau hendak menyertai cabutan ini. Menarik kan!

Bawa pulang BMW X4 dengan Cabutan Super SSP!

Pernah berangan nak pandu kereta mewah? Sekarang angan-angan korang tu boleh jadi  realiti tau! BSN turut memperkenalkan cabutan baharu pada tahun 2020 yang dikenali sebagai Cabutan Super SSP pada bulan Disember 2020 ni.

Dua (2) orang pemenang bagi cabutan ini akan bawa pulang BMW X4 setiap seorang! Untuk menyertai cabutan ini, korang hanya perlu menyimpan di BSN SSP dalam tempoh minimum enam (6) bulan selain mempunyai simpanan minimum RM3,000.

Bukan itu sahaja, hadiah bagi Cabutan Bulanan BSN SSP turut dipertingkatkan, di mana pemenang bakal membawa pulang BMW X1 setiap bulan. Untuk menyertainya, korang perlu mempunyai simpanan minimum RM10 di BSN SSP.

Menangi MacBook Pro, iPhone 11 Pro dan wang tunai setiap bulan!

Eh, ada lagi hadiah untuk dimenangi? Ya..jangan tak tahu, kalau korang ada anak yang berusia 12 tahun hingga 21 tahun dan mempunyai simpanan minimum RM1,000 , mereka pun layak untuk menang dengan Cabutan Khas Generasi Z tau!

Kredit: Gadgets.now.com

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah wang tunai bernilai RM10,000, MacBook Pro, atau iPhone 11 Pro setiap bulan!

Mungkin korang jutawan yang seterusnya?

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom sertai Cabutan BSN SSP dan mungkin giliran korang pula untuk jadi antara yang bertuah. Untuk mengetahui banyak lagi hadiah cabutan-cabutan BSN SSP 2020, klik sini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai para pemenang dan maklumat lanjut tentang BSN SSP, layari www.mybsn.com.my atau Facebook BSN Malaysia.

SKIP THIS AD ×