berita

Wanita Alami Menopaus Seawal Usia 10 Tahun, Akui Rindu Nak Datang Bulan

May 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita Britain yang mengalami menopaus ketika dia baru berusia 10 tahun mendedahkan bahawa dia rindu ingin datang bulan seperti rakan-rakannya yang lain.

Alami pelbagai penyakit

Foto: MailOnline

Memetik laporan MailOnline, Corinna Bordoli, 26 tahun dari London muncul dalam rancangan televisyen This Morning semalam yang dihoskan Holly Willoughby dan Philip Schofield, serta turut disertai pakar perubatan menopaus, Dr. Louise Newson.

Menceritakan tentang kisah hidupnya, Bordoli terpaksa meninggalkan hobi zaman kanak-kanak iaitu bersukan dan menyanyi disebabkan keadaan kesihatannya.

Saya mempunyai pelbagai gejala. Saya adalah seorang penyanyi ketika kanak-kanak. Namun pita suara saya mula menjadi kering dan tidak berfungsi dengan baik.

Saya banyak mengalami masalah vokal lalu beralih tumpuan kepada aktiviti sukan. Kemudian saya mengalami banyak kecederaan termasuk patah tulang dan sakit sendi ketika hanya berusia 10 tahun.

Bordoli turut bertemu dengan pengamal perubatan am berulang-ulang kali akibat migrain, kebimbangan, jantung berdebar-debar dan tidak boleh tidur.

Pengamal perubatan itu hanya berkata bahawa saya adalah seseorang yang matang pada usia yang lebih lewat daripada biasa. Saya belum mengalami haid dan dia berkata bahawa ia normal kerana saya masih membesar.

Diagnos kurang ovari pramatang

Foto: MailOnline

Dalam pada itu, pada usia 15 tahun, Bordoli dirujuk kepada ahli endokrinologi dan dimaklumkan bahawa ovarinya tidak berfungsi dan akan menjadi mandul. Tahun lalu, dia telah didiagnosis mengalami kekurangan ovari pramatang (POI).

Newson kemudian menjelaskan bahawa satu daripada 100 wanita mengalami menopaus sebelum berusia 40 tahun dan turut memaklumkan bahawa wanita dengan hormon rendah berisiko mendapat penyakit-penyakit lain.

Sumber: MailOnline

SKIP THIS AD ×