Kagum, terkesima dan memang kami tabik spring dengan keberanian wanita bernama Siti Noridah yang travel ke Afghanistan seorang diri!
Nah, jom baca sedikit sebanyak perkongsian beliau yang ditulis semula oleh Yellow Tuk Tuk.
Nama penuh saya Siti Noridah Binti Ab.Rahaman, pemegang Ijazah Business Computer daripada UITM. Saya berasal daripada Johor. Saya gemar travel dan hiking.
Afghanistan sebuah negara yang berisiko sebenarnya untuk di lawati. Pengembara terdedah dengan bahaya diculik oleh pihak Taliban, dan pengembara biasa akan ditahan oleh pihak kerajaan dan dipenjarakan berbulan lamanya. Kerana mereka sentiasa mengesyaki pengembara dari luar adalah pengintip dari sesebuah negara.
“Band E Amir Lake. I was there alone. Total silence. High altitude 3000+ mdpl. Cold. I am lucky to have witnessed this. Alhamdulillah, thank you, Allah !” – Siti
Saya sendiri pernah di tangkap oleh pihak tentera Afghanistan kerana mereka mengesyaki saya adalah pengintip daripada Pakistan. Tapi setelah soal siasat yang panjang, akhirnya saya disabitkan tidak bersalah.
Saya juga pernah melihat seorang penduduk tempatan mati ditembak di tengah jalan. Perkara itu adalah scenario biasa di Afghanistan. Menurut pepatah, semuanya mahal di Afghanistan kecuali nyawa.
“I miss travelling off the beaten path. My backpacks and boots are layered with dust from countless trekking and the elevation is giving me a shivering chill. Despite the pain, this view is worth waking up to. Dhankar, Spiti Valley, India. August 2014” – Siti
Walaupun begitu bahaya untuk mengembara di Afghanistan, sebenarnya negara ini adalah antara negara yang sangat cantik dari segi landskapnya. 80% daripada bumi Afghanistan adalah terdiri daripada gunung-ganang.
Penduduk di sana pada saya adalah orang yang sangat berbeza, very proud people. They have their own integrity tapi sayangnya negara mereka kucar kacir kerana peperangan.
“This picture was taken just a few minutes before I got arrested by the Afghanistan army in Chicken Street. Kabul, Afghanistan. Oct 2014.” – Siti
Mengembara secara adventure memerlukan kesihatan fizikal yang baik. Sebelum memulakan pengembaraan secara adventure, lebih baik sekiranya training your fitness. Sebagai contoh trekking, gym dan amalkan cara hidup sihat.
Ikuti kisah seterusnya di Yellow TukTuk dan Travelogue ET.