berita

Wanita Bimbang Nak Besarkan 22 Anak Selepas Suami Ditahan Polis

June 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Di Istanbul, seorang wanita yang mempunyai seramai 22 anak dan mengimpikan untuk mempunyai 105 anak kini berdepan satu situasi sukar berikutan terpaksa membesarkan anaknya secara bersendirian.

Hal ini demikian kerana, suaminya, Galip Ozturk yang memiliki syarikat bas antara bandar Metro Turizm telah ditahan pihak berkuasa dan didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram. 

Impi ada 105 anak

Foto: Daily Star

Memetik laporan media, wanita yang dikenali sebagai Kristina merupakan bekas penari dan mempunyai 22 anak biologi yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang. Difahamkan Galip dipercayai melarikan diri dari Turki ke Georgia pada tahun 2018 selepas mahkamah rayuan meluluskan hukuman penjara seumur hidup kepadanya berikutan bertindak mengarahkan pembunuhan terhadap seorang lelaki pada 1996.

Ujar jurucakap Kementerian Kewangan, Nato Natroshvili dalam satu kenyataan akhbar lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan atas tuduhan pengubahan wang haram dan pemalsuan dokumen. Menerusi perkongsian saluran TV Mtavari memaparkan rakaman pasukan khas yang bertindak menyerbu sebuah hotel yang dimiliki suspek.

Suami telah ditahan

Foto: Daily Star

Sebelum ini, wanita berkenaan kerap berkongsi gambar mereka dan anak-anak di Instagram dan menceritakan keperitan yang perlu dilalui selepas suaminya ditahan. Difahamkan, pasangan ini membelanjakan 138,000 Pound Sterling (anggaran RM748,000) kepada ibu tumpang bagi mempunyai 20 bayi bersama dalam masa setahun.

Bukan itu sahaja, kos sebanyak 67,700 Pound Sterling (anggaran RM367,132) dalam tempoh setahun bagi 16 pengasuh yang menjaga bayi mereka 24 jam dan 4,000 Pound Sterling (anggaran RM21,690) seminggu bagi menampung barangan keperluan bayi.

Saya tidak pasti sama ada kami akan menjadi keluarga terbesar di dunia, tetapi kami pasti merancang untuk menjadi keluarga paling bahagia di dunia.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×