Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memberi pandangan tentang peranan lelaki dan wanita di dalam sebuah perhubungan.
Artikel berkaitan: ‘Orang Yang Bahagia Tak Akan Ada Masa Bercakap Tentang Kehidupan Orang Lain’ – Tyra Kamaruzzaman
Artikel berkaitan: Hampir Sebulan Bergelar Isteri, Tyra Kamaruzzaman Syukur Kahwini Kawan Baik – ‘Seronok Bila Bangun Tidur, Ada Orang Kita Sayang Di Sebelah’
‘What women bring to the table’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Tyra menjawab pertanyaan pengikutnya tentang isu yang sedang hangat diperkatakan di laman media sosial.
Menurutnya, seorang wanita boleh berikan segalanya sekiranya dia diberikan cukup perhatian dan dijaga dengan baik.
Tak ada isu pun dengan soalan itu sebenarnya. Saya rasa la. Sebab sifat semula jadi lelaki adalah untuk menyediakan dan soalan ‘apa yang seorang wanita boleh beri’ tu sebenarnya senang je nak jawab.
Seorang wanita boleh beri banyak di dalam perhubungan sekiranya dia diberikan cukup. Cukup apa? Cukup kasih sayang, cukup masa, cukup usaha, cukup perhatian. Bila anda boleh beri itu semua kepada seorang wanita, oh dia akan berikan segalanya.
Sediakan dia sebuah rumah, dia akan berikan keluarga, beri dia kasih sayang dan dia akan beri lebih banyak lagi, tunjukkan usaha dan dia akan layan anda seperti raja.
Dalam pada itu, Tyra juga berpendapat cinta tidak boleh dibeli dengan kebendaan sebaliknya kasih sayang dan usaha yang ditunjukkan oleh pasangan.
Soalan tersebut tiada kaitan dengan ‘kebendaan’ sebab kasih sayang seorang wanita adalah sangat suci. Bila seorang wanita mencintai, dia tidak teragak-agak untuk berikan segalanya yang dia ada.
Sumber: Instagram