berita

Wanita Buat ‘Content’ Lucah Hubungan Intim Suami Isteri, Menteri Arah JAKIM Ambil Tindakan

May 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini tular, seorang wanita berkongsi kandungan berunsur lucah yang berkaitan hal ‘dalam kain’ suami isteri secara terbuka di media sosial telah mendapat kritikan ramai.

Artikel Berkaitan: Bertukar-Tukar Gambar Kemaluan Dengan Budak Perempuan 9 Tahun, Atuk Ini Dijatuhi Hukuman Penjara

Artikel Berkaitan:Rakam & Muat Naik Gambar Bogel Ketika Bercuti, Suami Isteri Didenda Di Singapura

‘Bukan akhlak Islam..’

Gambar sekadar hiasan

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat laporan berhubung isu wanita berkenaan.

Saya juga telah mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan.

Sementara itu, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita tersebut.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa sebagai orang Islam perkara tentang hubungan suami dan isteri tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana perlu menjaga akhlak seorang muslim.

Dalam sabda Nabi SAW “sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu,”(HR Bukhari).

Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam.

Terdahulu, pendedahan berkenaan kegiatan wanita itu telah dilakukan oleh seorang pengguna Twitter serta difahamkan wanita tersebut sangat aktif di Facebook (FB) dan TikTok.

Malah bukan itu sahaja, dia juga telah mewujudkan sebuah grup di Telegram sebagai platform untuk menyebarkan aktiviti seksual suami isteri dan sebagai tempat untuk pengikutnya meluahkan masalah hubungan intim.

Setelah kegiatannya itu ditularkan, ramai warganet menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana perbuatannya sangat melampaui ajaran agama.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×