Seorang wanita di India cedera parah pada wajahnya selepas dipukul dan diserang oleh suaminya yang mabuk.
Artikel Berkaitan: Suami Baran Tergamak Belasah Isteri Sampai Buta & Bocor Kepala, Anak 8 Bulan Tak Dapat Disusukan
Artikel Berkaitan: Berang Diberi RM100, Penganggur Cuba Bunuh Isteri Jerut Leher Sampai Pengsan
Gigit muka
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan India Today, kejadian tersebut berlaku pada malam Isnin selepas suspek dan mangsa terlibat dalam pertengkaran.
Menurut Ketua Polis Dakshina Kannada, Ryshyanth, suspek yang berusia 55 tahun itu menyerang isterinya dengan tangan dan topi keledar serta menggigit mukanya sehingga menyebabkan kecederaan.
Suspek juga menyerang anak perempuannya apabila dia datang untuk menyelamatkan ibunya sehingga gadis itu melarikan diri dari rumah.
Wanita itu ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri pada pagi Selasa dan dikejarkan ke hospital.
Kini, mangsa dan anak perempuannya sedang menjalani rawatan di hospital.
Suspek telah didakwa dengan hukuman kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau cara berbahaya.
Sumber: India Today