berita

Wanita Cemas ‘Diganggu’ Warga Asing Masa Makan Sendirian Di KLCC, Bila Minta Tolong Semua Tak Layan!

February 16th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Foto: FMT)

Kaum wanita diingatkan supaya lebih berhati-hati lebih-lebih lagi jika keluar berjalan berseorangan. Hal ini kerana, pelbagai perkara buruk boleh berlaku sekiranya para wanita tidak ditemani oleh seseorang yang mereka kenali.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita ini, Nisha Ezzati yang mendakwa telah ‘diganggu’ oleh individu tidak dikenali ketika sedang makan malam di sebuah restoran.

‘Diganggu’ warga asing

Wanita yang dikenali dengan nama Nisha Ezzati menerusi akaun Twitter ada berkongsi pengalamannya apabila ‘diganggu’ oleh seorang warga asing ketika sedang makan makan sendirian di KLCC. Menurut Nisha, lelaki berkenaan telah datang dan duduk di mejanya untuk berborak.

Jelas wanita ini lagi, dia mendakwa sudah memberitahu warga asing tersebut bahawa dia tidak berminat untuk berborak mahupun berkenalan tetapi lelaki terbabit langsung tidak mengendahkannya dan enggan berganjak dari kerusi terbabit. Nisha kemudian meminta pertolongan daripada sekumpulan lelaki yang berada di situ dengan membuat isyarat mulut tetapi sebaliknya yang terjadi apabila dia ditertawakan oleh mereka.

Nasib baik pelayan tolong

Tetapi wanita ini bernasib baik selepas dia dibantu oleh salah seorang pelayan di restoran yang meminta warga asing itu untuk kembali semula ke mejanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan wanita turut berkongsi pengalaman sama apabila mereka juga pernah ‘diganggu’ oleh warga asing ketika berseorangan di tempat awam.

Netizen kongsi pengalaman

Gangguan seksual

Sumber: Nisha Ezzati

SKIP THIS AD ×