berita

Wanita Curi Identiti Anak, Menyamar Umur 22 Tahun Untuk Masuk Kolej & Dapatkan Bantuan Kewangan

December 13th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Seorang wanita Amerika Syarikat, Laura A Oglesby yang berusia 45 tahun bertindak mencuri dan menyamar identiti anaknya yang berusia 22 tahun demi kepentingan dirinya sendiri.

Curi identiti anak sendiri

Difahamkan, wanita itu juga pernah tinggal bersama anaknya di Jonesboro, Arkansas sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke Missouri sebelum mereka terputus hubungan. Dia bukan sahaja mencuri identiti anaknya malah menggunakan kad keselamatan sosial milik anaknya yang mengandungi lesen memandu pada 2016 lalu.

Setahun kemudian, Laura mendaftar masuk ke Southwest Baptist University di Missouri dan telah memohon pinjaman pelajar termasuklah geran atas nama anaknya.

Lebih mengejutkan lagi apabila penipuan tersebut berlaku selama dua tahun tanpa disedari sesiapa pun mengenai usia sebenar wanita itu dan pihak berkuasa turut menyifatkan kes itu sebagai antara kes kecurian identiti yang paling sukar pernah dikendalikan.

Semua mempercayainya

Ketua Polis, Jamie Perkins menyatakan Oglesby menetap di Mountain View, Missouri dan bekerja di sebuah perpustakaan.

Dia bekerja di sini, yang agak pelik, dan dari situ kami mengetahui siapa dia.

Tambahnya lagi, tindakan wanita tersebut telah merosakkan reputasi anak perempuannya sendiri. Malah berjaya menyamar sebagai seorang wanita kurang daripada umur sebenar dan turut mempunyai teman lelaki.

Semua orang percaya, dia juga mempunyai teman lelaki yang percaya bahawa dia berumur 22 tahun ketika itu.

Oglesby, yang kini berusia 48 tahun ditangkap pada 2018 apabila pihak berkuasa di Arkansas menghubungi Jabatan Polis Mountain View kerana telah mencuri identiti anak perempuannya sendiri pada 2017 sebelum melakukan penipuan kewangan dan menggelapkan wang lebih AS$25,000 (RM105,312.50).

Wanita itu juga berhadapan dengan hukuman penjara dan diperintahkan untuk membayar AS$17,521 (RM73,807.21) sebagai pampasan kepada pihak universiti terbabit kerana telah menggunakan identiti anaknya.

Sumber: Law & Crime

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×