Seorang wanita di India mencuri tumpuan kerana memiliki misai seperti seorang lelaki dan bangga membawa imej bermisai itu, lapor BBC.
‘Saya suka misai saya’
Foto: BBC
Shyja, 35 tahun sering berkongsikan gambar dirinya di laman Facebook dan kerap kali ditanya netizen tentang alasan mengapa dia bermisai. Shyja dengan bangganya memberitahu dia suka penampilan bermisai.
Apa yang boleh saya katakan ialah saya sukakannya.
Shyja yang tinggal di Kannur, Kerala, India itu berkata, dia tidak pernah merasa ada keperluan untuk membuang misai yang tumbuh di atas bibirnya itu sejak lebih lima tahun lalu.
Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpanya sekarang. Apabila wabak Covid-19 bermula, saya tidak suka memakai pelitup muka sepanjang masa kerana ia menutup wajah saya.
Ramai orang yang melihatnya mendesak saya membuang misai tetapi saya tidak mahu.
Tambah Shyja lagi, menyimpan misai ibarat satu terapi untuk menggembirakan dirinya dalam melupakan masalah kesihatan yang dia alami.
Saya sudah melalui enam pembedahan selama sedekad. Satu daripadanya adalah membuang ketulan pada payudara, ketumbuhan sista (cyst) pada ovari dan pembedahan terakhir lima tahun lalu ialah histerektomi.
Bagi mengatasi masalah kesihatan, saya percaya saya perlu menjalani kehidupan dengan cara menggembirakan dan salah satunya dengan menyimpan misai ini.
Sumber: BBC