Menerusi Harian Metro, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun hilang sejak minggu lalu. Kejadian yang dipercayai berlaku di rumah pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi menimbulkan kebimbangan keluarganya.
Lebih menyulitkan, anaknya itu diserahkan kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.
Dijaga teman lelaki
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima maklumat 12.08 malam semalam daripada ibu kanak-kanak terbabit. Dalam laporan terbabit, anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah itu dijaga teman lelakinya hilang.
Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Dalam kenyataan lain, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.
Diserahkan pihak ketiga
Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengenali wanita warganegara Indonesia itu kerana dia sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum mereka bercinta.
Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan intim antara suspek dan wanita berkenaan.
Namun, selepas hubungan intim mereka diketahui oleh isteri suspek, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun anaknya tidak diserahkan kepadanya.
Tambahan, wanita terbabit pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya sudah tiada. Lebih memilukan apabila dia dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.
Suspek tiada
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, pemeriksaan sudah dibuat di rumah dan tempat kerja isteri suspek namun pasangan suami isteri terbabit tiada.
Setakat ini kita sedang mengesan suspek dan isterinya yang dipercayai terbabit di dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 48 (2) Akta Kanak-Kanak.
Pada masa kini, pihaknya sedang mengesan suspek, Ramlan Abdul Rashid, 37, yang beralamat di E-3-4,Apartment G, Kuarters Hospital Langkawi, 07000 Langkawi dan isterinya, Wan Roslinda Wan Jusoh, 40, yang menetap di alamat sama untuk membantu siasatan.
Sumber : Harian Metro