Kes melibatkan pelakon Aniq Suhair yang didakwa telah menghamilkan seorang wanita dilihat masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini.
Terbaharu, individu yang tidak dedahkan identiti sekali lagi memuat naik hantaran mengenai isu tersebut menerusi laman TikTok.
Artikel Berkaitan: Wanita Tampil Dengan Bukti Baharu, Dakwa Aniq Suhair Manipulasi Diri Demi Nama Baik – ‘Jadilah Lelaki Bertanggungjawab’
Aniq ‘lari’ dari tanggungjawab?
Menerusi hantaran tersebut, wanita tersebut mendakwa Aniq enggan bertanggungjawab atas perbuatannya selepas ‘merosakkan’ maruah dirinya.
Menurut wanita itu lagi, dia tekad akan memuat naik kronologi kejadian yang berlaku dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
Aniq Suhair lari dari tanggungjawab hanya kerana mahu lari dari tanggungjawab. Rosakkan kehidupan orang lain adalah perkara yang anda buat.
Jangan berlakon semuanya dalam keadaan yang baik, rasa benda viral ni kejap dan orang akan lupa ke? Kau bukan manusia.
Aku akan post kronologi, biar polis buat kerja. Tarik report ke tak. Berapa banyak kehidupan orang yang kau dah rosakkan?
Dalam pada itu, wanita berkenaan juga mempelawa pengamal media untuk hadir ke mahkamah bagi mendapatkan liputan mengenai kes tersebut.
Aniq Suhair, jumpa di mahkamah. Media jemput datang ke mahkamah bagi kes kes jenayah sivil.
Lari dari media selagi boleh. Nak jadi orang terkenal tapi buat perangai, lepas itu tanya kenapa nak viral.
Namun begitu, pihak OhBulan! masih belum mendapat jawapan mengenai maklumat terperinci seperti tarikh dan lokasi mahkamah bagi kes perbicaraan.
Hantaran tersebut sekali lagi meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memberikan sokongan kepada individu tersebut untuk menegakkan kebenaran.
Jangan pernah mengalah, cari keadilan untuk anda.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kenyataan dikeluarkan seorang individu yang mendakwa Aniq Suhair telah pun membuat dirinya hamil.
Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.
Respon netizen
Sumber: TikTok