berita

Wanita Dakwa Bekas Suami Yang Buka Aib Sendiri Isu Rumah, Dedah Adik Ipar Tahu ‘Punca’ Cerai

May 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial apabila seorang lelaki yang dikatakan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) didakwa telah memuat naik satu status di mana dia sedang mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah lama dalam masa terdekat. Berikutan daripada itu, bekas isteri PU tersebut telah mengaku bahawa rumah yang dimaksudkan itu merupakan rumah yang pernah didiami oleh mereka.

Artikel berkaitan: Wanita Dakwa Bekas Suami PU Nak Roboh Banglo Gara-Gara Dibina Atas Tanah Miliknya

Terbaru, wanita yang bernama Ain ini berharap bekas suaminya dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana status yang dimuat naik itu seakan berbaur ugutan memandangkan isu rumah mereka belum dibicarakan di mahkamah.

Siapa buka aib sendiri?

Tak salah mohon maaf secara public atas posting untuk runtuhkan rumah itu. Siapa dulu yang start up status nak runtuhkan rumah dekat media sosial? Sebelum ini tak ada siapa yang tahu siapa bekas suami saya. Siapa yang buka aib sendiri.

Menurut Ain, dia tidak bercakap bahawa pihaknya berada dalam keadaan yang betul. Ini kerana, dia juga mempunyai kesalahan dan kekurangan sebagai manusia. Tambahnya lagi, dia tidak mahu bekas suaminya itu melakukan provokasi berkaitan isu rumah, perempuan atau mengugutnya dengan menggunakan polis, peguam dan mahkamah.

Kalau dah cerai tu cerai dah. Habis cerita. Ya

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Hanya kepdamu aku meminta pertolongan. Jangan main-main dengan balasan Tuhan. Kalau Allah nak buka aib kita sekelip mata sahaja. Jangan aniaya orang. Jangan rasa angkuh. Takutlah dengan Allah. Takutlah dengan balasannya.

Jelas Ain lagi, tidak salah sekiranya bekas suaminya itu melakukan permohonan maaf berhubung isu hendak meruntuhkan rumah mereka.

Adik ipar kesayangan

Ya As*** Hu** adik ipar kesayangan kakak. Hanya As*** orang pertama yang tahu punca dan sebab kakak ber cerai. Dah tahu kan salah abang PU dekat mana? Masih nak tegakkan perkara yang batil? Jaga keluarga baik-baik. Takut suami cari nombor tiga pula nanti.

Sementara itu, Ain turut memuat naik satu posting terhadap adik ipar kesayangannya. Menurut Ain, adik iparnya merupakan orang pertama yang tahu mengapa dia dan bekas suami bercerai.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×