berita

Wanita Dakwa Kerap Diculik ‘Alien’ Ketika Tidur, Sering Bangun Dengan Lebam & Luka Pelik

June 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita yang mendakwa dirinya sering diculik makhluk asing ketika sedang tidur mendapati dirinya kerap kali bangun tidur dengan kesan lebam yang pelik di badannya.

Makhluk asing selalu datang ‘melawat’

Foto: Caters News

Memetik laporan Mirror UK, Maria Leiva, 51 tahun berkata, dia berulang kali diculik makhluk asing ketika sedang tidur, dan sepanjang hayatnya dia sering bangun tidur dengan kesan lebam dan tusukan yang aneh.

Wanita yang berasal dari Ramsgate, England itu berkata, dia yakin bahawa bukti-bukti yang ditinggalkan di atas tubuhnya itu berasal daripada punca yang ‘luar dari bumi’.

Lebih teruk lagi, dia juga beberapa kali mendapati dirinya bangun daripada tidur dan berada di tempat yang jauh dari rumah, sehingga perlu menggunakan khidmat teksi untuk pulang.

Sepanjang yang saya ingat, paling awal saya alami gangguan sebegini adalah pada umur 4 tahun.

Saya ingat saya berasa sedih pada satu malam dan keluar ke bahagian teres rumah dan menangis sambil melihat ke arah langit dan bertanya… kenapa saya ditinggalkan disini.

Saya selalu nampak benda di langit. 2 minggu lepas, saya nampak objek di langit, kadang-kadang sampai 3 kali dalam masa 1 malam.

Dalam pada itu, Maria berkata, makhluk asing akan melawatnya dengan berkala, dan akan memaklumkan lawatan mereka itu melalui mimpi. Selepas dia ‘dilawati’, makhluk asing tersebut akan meninggalkan kesan lebam pada badannya.

Sumber: Mirrok UK

SKIP THIS AD ×