berita

Wanita Dicerai Talak 3, Menangis Teresak-Esak Rindu Anak Tiri Yang Dijaga Sejak Bayi

August 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bukan mudah untuk pasangan berkahwin menerima keputusan untuk bercerai, apatah lagi sekiranya perpisahan tersebut turut memisahkan seorang ibu dan anak.

Seperti perkongsian seorang wanita di laman TikTok, dia terpaksa menghadap rasa sedih dan rindu terhadap suami dan anak tirinya selepas dilafazkan cerai dan anak tirinya dibawa pergi.

Belum ada zuriat sendiri

Gambar sekadar hiasan

Dalam satu perkongsian milik pengguna @shayang2112 di laman TikTok, wanita itu berkongsi rasa sedih yang dia terpaksa hadapi selepas dicerai talak tiga oleh suaminya.

Difahamkan, walaupun akur dengan keputusan tersebut, dia masih berasa sedih kerana ditinggalkan seorang diri di rumah yang mereka pernah tinggal bersama.

Lepas suami aku balik kerja, petang dia ceraikan aku, dia kemas barang dia dan anak aku, dan pergi rumah kakak dia.

Aku terimbas semua kenangan kami dekat dalam rumah ini, sebab senyap sangat, aku terlupa anak aku dah tak ada dekat rumah.

Menurutnya, anak tersebut merupakan anak kepada bekas suaminya yang dia jaga sejak bayi, dan dia sendiri masih belum dikurniakan zuriat.

Dalam video yang berbeza, dapat didengari wanita tersebut menangis teresak-esak akibat rindu terhadap suami dan anak tirinya, dan mengakui tidak mampu menghadap rasa itu seorang diri.

Aku tak mampu nak hadap semua ni terlalu sakit. Kesunyian ini terlalu mencengkam, menyesakkan dada aku, aku rindu suami dan anak aku sangat.

Meskipun itu, wanita itu membuat keputusan untuk tidak mendedahkan punca dia diceraikan kerana ingin menjaga aib bekas suami.

Netizen turut simpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang dihadapi wanita itu, selain ada yang memberikan sokongan serta berdoa agar wanita itu tidak mengalah untuk teruskan kehidupan.

Sumber: TikTok @shayang2112

SKIP THIS AD ×