berita

Wanita Dikecam Tak ‘Berhati Perut’ Selamba Lalu Bawa Motosikal Ketika Majlis Kahwin Berlangsung

May 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan seorang wanita di Indonesia yang membawa motosikalnya ‘melalui’ sebuah majlis perkahwinan tular di media sosial dan rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakannya ketika itu.

Artikel Berkaitan: Wanita Kantoi Ada 2 Suami Dikecam & Dihalau Penduduk Kampung, Suami Nekad Lafaz Talak 3 – ‘Saya Akui Saya Emosi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Ada Perempuan ‘Muda’, Isteri Nekad Serang Skandal Depan Orang Ramai

Artikel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB

Video penuh:

Menerusi video pendek dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram, memaparkan pemilik motosikal dengan sengaja ‘membawa’ motosikalnya melalui sebuah jalan ketika satu majlis perkahwinan berlangsung. Wanita tersebut dilihat seolah-olah tidak menghiraukan para tetamu yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana dan motif asal wanita tersebut berbuat demikian.

Seorang penunggang motosikal melalui jalan yang digunakan untuk majlis. Jika ya, anda rasa siapa yang salah?

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 6k tanda suka dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut mempertikaikan tindakan wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak menghormati majlis berkenaan.

Bagaimanapun ada juga yang turut mempertahankan wanita tersebut berikutan jalan itu merupakan jalan utama yang sering kali digunakan.

Sumber: Fakta.Indo

SKIP THIS AD ×