Sekadar gambar hiasan
Seorang doktor dikenali sebagai Dr. Kash Mustafa, menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, berkongsi dilema yang dialami oleh seorang wanita yang mengalami vaginismus (masalah seksual di mana otot faraj mengetat atau mengejang ketika disentuh) dan suaminya seolah-olah ‘lepas tangan’ dengan sindrom yang dialaminya.
Sindrom faraj terkunci
Video tersebut menceritakan seorang wanita datang jauh dari Melaka ke Kelantan bagi mendapatkan rawatan selama tiga hari tanpa ditemani oleh suaminya.
Ketika ditanya, wanita ini menceritakan dia terpaksa memberanikan diri berikutan suaminya sama sekali tidak mahu mengetahui akan keadaannya dan hanya memberikan tempoh selama dua bulan supaya dia kembali sembuh seperti sedia kala.
Doktor: Suami tak datang sekali ke Puan?
Pesakit: Kalau saya tak dapat sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu.
Susulan daripada itu, Dr. Kash Mustafa sempat memberikan nasihat kepada suami di luar sana vaginismus bukanlah titik noktah dalam perkahwinan dan ia merupakan bentuk ujian dari Allah bagi menguji kesetiaan seorang suami.
Kepada para suami yang diuji di luar sana. Ia adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina.
Bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri. Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalah kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidupnya.
Sekadar info, sindrom faraj terkunci merupakan antara penyakit yang dihadapi oleh kebanyakan wanita sehingga menyukarkan mereka untuk menimang cahaya mata.
Video penuh:
@dr.kash_89Sindrom Faraj Terkunci , kesan terhadap rumahtangga. Antara kisah pesakit saya yang membuatkan saya terkesan sehingga hari ini . Semoga lebih byk rumahtangga yg boleh diselamatkan.? suara asli – sadvibes?
Sumber: Dr. Kash Mustafa