berita

Wanita Dirogol 6 Lelaki Di Hadapan Suami & 2 Orang Anak Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Kebun

March 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita berusia 26 tahun berdepan detik hitam apabila dia mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan suami dan anak-anak mangsa.

Dirogol depan suami, anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan India Today, insiden keji itu dipercayai berlaku semasa mangsa, suami dan dua orang anaknya dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumah yang terletak di daerah Dholpur, Rajasthan, India. Namun siapa sangka, di pertengahan jalan, mereka ditahan oleh enam orang lelaki yang membawa senjata api. Tidak terhenti di situ, suspek turut menyerang dan memukul suami mangsa menggunakan pistol.

Keenam-enam suspek kemudian bertindak merogol mangsa di tempat kejadian sambil disaksikan oleh suami dan anak-anak mangsa. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, kesemua suspek melarikan diri. Susulan daripada insiden yang berlaku, mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis.

Dua daripada enam suspek didakwa memperkosa wanita itu di hadapan suami dan anak-anaknya. Selepas melakukan jenayah itu, kesemua suspek melarikan diri.

Pihak polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat atas kesalahan merogol dan serangan fizikal.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×