Ditinggal kekasih boleh menyebabkan seseorang berasa sedih dan kecewa. Tetapi rasa pedih itu lagi terasa apabila hubungan terputus di tengah jalan disebabkan alasan yang tidak masuk akal.
Seorang wanita di Indonesia berkongsi kisah yang melucukan tetapi menyakitkan hati selepas bekas kekasihnya bertindak memutuskan hubungan gara-gara tidak makan pecal.
Tak boleh hidup susah
@ayyanayiyi Reply to @ghfrrfl ? original sound – richan
Menerusi sebuah video di TikTok @ayyanayiyi, wanita itu terpaksa akur selepas pecal menjadi punca dia ditinggalkan bekas kekasihnya.
Untuk pengetahuan semua, pecal adalah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang.
Cerita wanita tersebut, bekas teman lelakinya itu mengajak dia untuk menemani makan menu nasi pecal. Bagaimanapun, wanita itu menolak kerana dia tidak suka makan pecal.
Namun, lelaki itu tetap berkeras untuk memakan makanan itu. Selepas beberapa kali ajakannya ditolak, bekas teman lelaki menghantar wanita itu pulang ke rumah lalu membuat keputusan memutuskan hubungan mereka.
Kata wanita tersebut, alasan yang diguna pakai adalah dia tidak boleh diajak hidup ‘susah’ akibat enggan makan pecal.
Pecal mahal
Ruangan hantaran itu dipenuhi dengan komen warganet yang tidak berpuas hati apabila menyifatkan pecal untuk makanan orang ‘susah’.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 500,000 tontonan dan 1000 komen.
Sumber: TikTok @ayyanayiyi