Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita mengaku telah dihamilkan oleh pelakon Aniq Suhair.
Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Gadis & Minta Gugur Kandungan, Aniq Suhair Anggap Dakwaan Cuba Jatuhkan Reputasi
Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Mohon Gambar Tidak Menutup Aurat Dipadam – ‘Saya Dalam Fasa Perbaiki Diri’
Bukan niat jatuhkan reputasi
Terbaharu, menerusi akaun TikTok, wanita tersebut telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan fitnah terbabit bukan untuk menjatuhkan reputasi Aniq.
Salam. Tolong jangan tanya soalan lagi. Saya di sini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang saya sebarkan di Tiktok tentang Aniq Suhair. Bukan niat saya untuk menjatuhkan reputasi dan kerjayanya.
Wanita tersebut turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengikuti akaun tersebut serta memohon maaf kepada pihak media dan Aniq. Dalam pada itu, pengguna terbabit turut mengakui tindakan yang dilakukannya itu sangat tidak wajar.
Maaf kepada semua yang follow akaun ini. Maaf kepada media dan terutamanya sekali kepada Aniq untuk hantaran tersebut. Ini adalah satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan.
Tidak seharusnya saya memuat naik konten seperti ini,
Sekali lagi, saya minta maaf atas perkara ini. Sekian, Assalamualaikum.
Walau bagaimanapun, wanita itu telah menutup ruangan komen hantaran tersebut dan juga telah memadam semua hantaran sebelum ini mengenai Aniq.
Terdahulu, Aniq Suhair atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.