Seorang wanita dilaporkan membunuh anak-anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri di rumah mereka di di Semmes, Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lepas Bunuh, Pelacur Lelaki Selamba Pegang Kepala ‘Kekasih’ Pindahkan Wang Dalam Talian
Artikel Berkaitan: Warga Emas Ditemui Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut, Kaki & Tangan Diikat
Gantung diri dalam almari
Menerusi laporan Mirror UK, Nancy Johnson, 37, telah melemaskan anaknya Jacob, 2 dan Mia, 5 dalam tab mandi rumah mereka sebelum bertindak menyusun mayat anak-anaknya itu di atas sofa dan menutup mereka dengan menggunakan selimut.
Selepas berbuat demikian, Nancy kemudiannya bertindak menggantung dirinya sendiri di dalam almari.
Hasil bedah siasat mendapati kematian Jacob dan Mia berpunca akibat lemas manakala Nancy mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat mencekik dirinya sendiri.
Jelas terdapat beberapa masalah mental pada Nancy. Apabila memasuki pintu belakang rumah, terdapat satu sofa di sebelah kanan, dan anak-anak diletakkan di atas sofa tersebut.
Dalam pada itu, bekas suami kepada Nancy mendedahkan bahawa dirinya merupakan individu pertama yang menemui mayat anak-anaknya.
Menurut Derek, dia dan Nancy sudah pun berpisah dan ketika ini sedang melakukan proses untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Bukan itu sahaja, bekas isterinya itu juga difahamkan mempunyai masalah mental dan krisis identiti.
Sumber: Mirror UK