
Wanita dikurniakan martabat yang tinggi dalam Islam dan setiap fasa kehidupannya diraikan dengan penuh hikmah, termasuklah ketika datang haid.
Artikel Berkitan: [VIDEO] Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Fadilat Solat Sunat Dhuha Empat Rakaat – ‘Berbeza Dengan 2 Rakaat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Yang Tidak Solat Lebih Jahat Daripada Iblis’ – Ustaz Azhar Idrus
Hubungan dengan Allah
Walaupun dalam tempoh datang haid terdapat beberapa batasan ibadah yang perlu dipatuhi, hakikatnya ia bukanlah satu kekurangan.
Sebaliknya, ia adalah bentuk kasih sayang Allah yang mempertimbangkan keadaan fizikal dan emosi wanita.
Memahami amalan yang sesuai dilakukan ketika haid bukan sahaja membantu menjaga kesejahteraan diri, tetapi juga mengukuhkan hubungan dengan Sang Pencipta.
Walaupun sedang haid, kaum wanita masih boleh menikmati keindahan kalam Allah melalui pelbagai platform digital yang tersedia di telefon pintar, sama ada melalui aplikasi, audio MP3 atau siaran dalam talian.
Lebih menarik, terdapat banyak pilihan qari dan qariah dengan bacaan yang merdu dan menenangkan untuk dijadikan teman sepanjang hari.
Selain itu, antara amalan yang boleh dilakukan ketika haid ialah membaca tafsir al-Quran. Tafsir dalam Bahasa Melayu membantu kita memahami maksud ayat-ayat al-Quran dengan jelas dan lebih dekat dengan jiwa.
Wanita yang sedang haid juga boleh memperbanyakkan berzikir, seperti mana daripada Abu Hurairah RA diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW oernah bersabda.
Tidak ada kaum/seseorang yang berzikir kepada Allah kecuali mereka dikelilingi oleh malaikat-malaikat, diliputi oleh rahmat, turun kepada mereka ketenteraman dan Allah menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi. (Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu, dalam al-Quran turut terdapat dorongan berkaitan amalan membaca al-Ma’thurat.
Dan sebutkanlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang.
Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai (Surah Al-Araf, ayat 205).
Bagi golongan wanita yang sedang haid juga digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
Amalan ini bukan sahaja mendatangkan ketenangan, bahkan merupakan zikir yang sentiasa terbuka pintunya bagi setiap hamba tanpa mengira keadaan.
Waktu haid bukan halangan untuk seorang hamba memohon apa sahaja yang diinginkan kepada Allah SWT. Golongan wanita yang sedang haid tetap boleh berdoa dengan sepenuh hati.
Dekatkan diri kepada Allah
Wanita yang sedang haid dibolehkan untuk mengulang hafalan surah, namun terdapat beberapa pandangan ulama yang perlu diambil kira.
Sebahagian ulama berpendapat ia tidak dibenarkan, berlandaskan jumhur Fuqaha yang melarang membaca al-Quran bagi wanita yang sedang haid atau berjunub.
Sebaliknya, ulama Malikiyyah berpendapat ia dibolehkan, termasuk memegang al-Quran dan membacanya untuk tujuan pembelajaran atau pengajaran, dengan syarat hanya bagi wanita yang haid, bukan yang berjunub.
Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa mengulang hafalan dalam keadaan ini dibolehkan, terutama bagi menjaga hafazan yang berisiko terlupakan jika tidak diamalkan.
Bagi wanita yang sedang haid, kitab, majalah atau bahan bacaan digital yang mengandungi ilmu dan manfaat dari segi agama tetap boleh dibaca untuk menambah pengetahuan serta memperkukuh keimanan diri.
Walaupun sedang berada dalam keadaan tidak suci, wanita yang sedang haid juga dibolehkan mengikuti majlis ilmu atau kuliah agama.
Salah satu amalan yang digalakkan ialah memberi makan kepada orang yang berbuka dan bersedekah.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya.
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” – (Surah al-Munaafiquun, ayat 10).
Oleh itu, wanita haid digalakkan memperbanyakkan istighfar dengan menyebut ‘Astaghfirullah hal ‘aziim’ bagi memohon taubat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Amalan terakhir yang boleh dilakukan ketika datang haid ialah menjaga kebersihan pakaian solat seperti telekung, kerana ia membolehkan wanita menunaikan ibadah dengan selesa dan khusyuk selepas suci daripada haid.
Sumber: Taqwa