Seorang Juru X-ray, Alliana Alaudin yang berkhidmat di Hospital Serdang telah dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19. Menerusi perkongsian di Facebook, Khairul Azman Rosli yang juga merupakan suami kepada Alliana menceritakan punca bagaimana isterinya itu telah ditahan di wad dan dikuarantin. Apa yang lebih membimbangkan apabila si isteri kini sedang hamil 6 bulan.
Guna mesin X-ray pesakit Covid-19
Ramai yang tanya mcm mana Alliana Alaudin boleh kena kuarantin. Macam ni cerita dia. Alliana Juru X-ray di Hospital Serdang, dia ada guna mesin X-ray yang baru lepas guna untuk pesakit demam. Pesakit tu dah pergi check dah dekat tempat lain, dah confirm covid tapi dia boleh pergi Hospital Serdang pula. Masa mula masuk Hospital Serdang dia tak bagi tahu pun dia check positive.
Masa sampai Serdang, pesakit tak bagi tahu dia positive. Dah buat X-ray semua baru dapat tahu yang dia positif covid-19. Sekarang ni Alliana dikuarantinkan dekat Sungai Buloh. Senang untuk monitor sebab dia hamil 6 bulan.
Menceritakan kisah itu, Khairul berkata pada mulanya, seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 telah datang ke hospital dimana tempat isterinya itu bekerja untuk membuat X-ray. Kemudian, si isteri yang juga bekerja sebagai Juru X-ray di hospital berkenaan telah menggunakan mesin X-ray yang sama digunakan oleh pesakit tersebut.
Menurutnya, isterinya itu langsung tidak mengetahui bahawa pesakit tersebut adalah positif Covid-19 kerana pesakit itu langsung tidak memberitahu pihak hospital mengenai keadaan kesihatannya. Hal ini menyebabkan si isteri yang sedang hamil 6 bulan itu terpaksa dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh kerana disyaki dijangkiti virus maut ini.
Jangan tak mengaku sakit
Sama-sama la kita jaga diri.
Doakan Nurul Alliana Alaudin dan baby dalam kandungannya baik dan harap result negarif ye.Kepada yang mana ada tanda-tanda virus covid ni, pergi lah check di hospital terdekat, jangan tidak mengaku (tolong lah) staf hospital pun ada family dan berjuang untuk atasi virus ni. So tolonglah bagi kerjasama.
Sekarang ni wife saya kena dan saya harap orang dekat luar sana ambil berat pasal situasi kita sekarang.
Sementara itu, Khairul juga sempat meninnggalkan pesanan dengan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. Sekiranya terdapat simptom-simptom virus, maka segeralah ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
Dia juga turut berpesan supaya semua individu yang dijangkiti virus ini supaya mengaku dan menceritakan keadaan kesihatan sebenar mereka kepada pihak hospital dan tidak menyembunyikannya kerana ianya akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan para petugas di hospital.
Sumber: Khairul Azman Rosli