Sekadar gambar hiasan
Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila suami yang dipercayainya selama ini tergamak menduakan hatinya dengan menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Suami curang masa isteri hamil
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang peguam yang dikenali dengan nama Dhalia Shah berkongsi satu kisah di mana seorang wanita yang sedang hamil mahu bercerai dengan suaminya. Menerusi kisah yang dikongsikan di TikTok, wanita terbabit nekad mahu berpisah kerana si suami berlaku curang. Lebih meruntun hati apabila si suami kantoi ‘check in’ dengan kekasih gelapnya ketika si isteri sedang hamil enam bulan.
Puan saya nak cerai dengan suami. Suami saya kantoi check in hotel dengan perempuan lain. Remuk hati saya puan.
Lebih mengejutkan apabila wanita ini mendakwa bahawa si suami pernah memberitahunya bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya dia mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Namun siapa sangka, lelaki itu benar-benar berlaku curang yang akhirnya membawa kepada pengakhiran rumah tangga mereka.
Saya dah tak nak bersama dia puan. Sebab sebelum ini dia pernah cakap pada saya kalau dia ada perempuan lain atau dia chat perempuan lain, jatuh talak tiga. Sudahnya kantoi dengan perempuan lain.
Dalam pada itu, peguam meminta wanita ini pergi ke mahkamah untuk pengesahan lafaz taklik memandangkan si suami sudah melanggar taklik. Difahamkan, talak juga telah jatuh secara automatik.
Pengalaman para isteri
Sumber: Dhalia Shah