Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dikuatkuasa pada 4 Mei lalu, orang ramai mula dilihat keluar bekerja dengan SOP yang ditetapkan. Namun pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan melainkan atas sebab sebab tertentu.
Namun, terbaru seorang wanita mengandung yang dipercayai pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua pada 15 Mei disahkan membawa virus Covid-19. Perkara ini menimbulkan kebimbangan orang ramai memandangkan Kelantan sudah hampir sebulan bebas Covid-19.
Bawa Covid balik kampung
Selepas lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.
Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin. Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri.
Mangsa (pesakit) balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini. Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, wanita itu kini mengandung 32 minggu. Buat masa kini hanya dirinya sahaja yang disahkan positif manakala ahli keluarga lain negatif.
Tiada kaitan perjalanan Gerak Malaysia
Apa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak. Mangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia. Rasanya balik untuk bersalin.
Sehubungan itu, seramai 20 individu dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan.
Dalam pada itu, menurut Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, berdasarkan keterangan pesakit, wanita berkenaan pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah memasuki 35 minggu.