Seorang wanita di Thailand mendedahkan dia terpaksa menjalani kehidupan yang sukar bersama anaknya selepas suaminya memenangi hadiah loteri berjumlah 12 juta baht (RM1.5 juta).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Pia Kecewa Dikhianat Bekas Suami, Dakwa Pernah Dihalau Keluar Rumah & Nama Dibuang Dari Syarikat
Artikel Berkaitan: ‘Satu Dunia Nampak Kau Pergi Restoran Mewah..Makan Lobster, Tapi Nafkah Anak Tak Mampu Bagi’ – Cik Pia
Kehidupan berubah secara drastik
Menerusi laporan Thaiger News, wanita yang dikenali sebagai Janya telah berkahwin selama empat tahun dengan seorang pemandu lori dari daerah Nong Phai, Thailand.
Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila anak perempuan mereka secara rawak memilih nombor loteri, menyebabkan pasangan tersebut menerima hadiah tempat pertama sebanyak 12 juta baht.
Walau bagaimanapun, wang tersebut dipindahkan ke akaun bank suaminya dan selepas kemenangan tersebut, Janya berpindah ke kampung halaman suaminya, mengharapkan kehidupan yang sejahtera.
Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila suaminya minum secara berlebihan dan berubah menjadi seorang yang kasar.
Suaminya tidak menunaikan janji untuk membahagikan wang tersebut malah dia berbelanja besar di mana dia membina rumah besar bernilai 2 juta baht (RM264,588) dan membeli tanah dengan harga 3 juta baht (RM396,882).
Sementara itu, Janya ditinggalkan dengan hutang yang semakin meningkat dan dia terpaksa pulang ke rumah ibunya di Buriram, menganggur dan tidak berduit.
Bukan itu sahaja, suaminya juga memberitahu bahawa dia mempunyai isteri baharu dan akan meninggalkannya bersama anak perempuannya.
Disebabkan itu, Janya bertekad untuk menamatkan perkahwinan mereka dan menuntut bahagian harta pusaka untuk didikan anak perempuan mereka.
Sumber: Thaiger News