Foto: Astro Awani
Seorang wanita tempatan berusia 32 tahun dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan.
Disambar buaya ketika memancing
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Norsila Sayong dikatakan sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba disambar reptilia berkenaan dan dibawa ke dalam air lalu hilang. Menurut sumber, kawasan itu merupakan lokasi tumpuan penduduk setempat untuk memancing lebih-lebih lagi ketika air sungai pasang.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin memaklumkan, seramai lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.42 petang. Setibanya di sana, pihaknya mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Tambah Nurul Azlan Shah lagi, sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.
Sumber: Harian Metro