berita

Wanita Hilang Lebih 30 Kg Cuma Makan Nugget Selama 4 Tahun

August 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Gara-gara putus cinta seorang wanita Michaela Harris yang berusia 26 tahun dari Middlesbrough mengamalkan diet nugget ayam hanya kerana dia tidak mempunyai selera makan. Namun apa yang membimbangkan adalah amalan itu akan dituruti anaknya. Menurutnya, jika melihat makanan lain dia akan rasa loya dan rasa nak ‘muntah’.

Anak bongsu mula ikut tabiat ini

Tabiat tidak sihat yang diamalkan itu bermula apabila dia ditinggalkan kekasihnya sejak 4 tahun lalu. Ekoran dari hanya makan nugget dan hilang hampir 16kg dalam masa 3 bulan sahaja. Bagaimanapun, wanita itu tetap risau tiga anaknya yang berusia antara satu hingga tujuh tahun akan mengikut tabiat tidak sihat itu.

Saya bimbang anak-anak akan mula meniru saya. Anak bongsu saya sudah mula cerewet mengenai makanan dan meminta nuget. Ketakutan terbesar saya adalah mereka akan meniru saya.

Menurutnya lagi, selepas putus cinta, dia disahkan menghidap gangguan pengambilan had makanan (ARFID). Ia adalah sejenis keadaan di mana individu sukar untuk makan atau terlampau cerewet dalam memilih jenis makanan.

Berat badan semakin hari semakin turun

Dalam pada itu, dia juga bimbang jika perkara ini boleh menjejaskan kesihatannya. Namun sehingga kini dia hanya mengalami penurunan berat badan.

Sekiranya saya hilang, saya tahu bahawa orang sekeliling saya mencintai saya seadanya dan membantu saya menyesuaikan diri. Ketakutan terbesar saya ialah berat badan yang semakin menurun hari demi hari lagi sehingga saya bimbang tidak dapat kembali kepada normal.

Tambah Michaela, sebelum putus cinta dia tidak makan secara normal malah akan makan apa sahaja tanpa fikir untuk diet. Namun sejak perpisahan berlaku, dia tidak dapat makan makanan lain selain nugget dan beberapa makanan tin yang lain.

Ada beberapa makanan lain yang saya makan tetapi jumlahnya sangat sedikit. Saya kehilangan 16kg dalam tiga bulan. Saya hanya berharap saya dapat mak  an lebih banyak dan pelbagai lagi.

Saya suka nak jadi gemuk sebab ia kelihatan sihat. Kekasih saya mencadangkan untuk pergi bercuti tahun depan dan ini menakutkan saya.

Pasangan yang baik

Dalam pada itu, Michaela berterima kasih kepada pasangannya sekarang John Docherty yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Malah dia menganggap sebagai ‘superhero’ kerana masa dan kesabaran yang diberikan.

Tanpa John saya tidak akan berada di sini. Dia terus berusaha untuk mendorong saya dan membuat saya merasa sihat dan sering menyokong saya dengan memberitahu saya bahawa saya melakukannya dengan baik walaupun saya hanya makan tiga atau empat strawberi.

Mengakhiri temubual bersama Mirror, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang pasangan bagus dan sering berusaha membuatkan dia makan

Apa yang dilakukannya melebihi apa yang akan dilakukan oleh pengasuh berbayar untuk saya.

Sumber : Mirror, Daily

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×