Seorang wanita Indonesia meluahkan rasa syukur atas keprihatinan rakyat Malaysia ekoran suasana tidak menentu dan gelombang protes besar-besaran yang berlaku di sana.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Nanti Dimakan Ya’

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiri Majlis Pengebumian Affan Kurniawan, Pemandu Gojek Maut Digilis Trak Barracuda

Bantuan rakyat Malaysia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan mengucapkan terima kasih atas bantuan rakyat Malaysia yang telah berkongsi rezeki.

Ujarnya, ramai rakyat Malaysia membuat pesanan makananan menggunakan alamat Indonesia bagi penghantar makanan berkongsi makanan bersama.

Satu Indonesia harus tahu bahawa negara tetangga kita iaitu Malaysia sedang berusaha menolong kita terutama buat penghantar makanan.

Rakyat Malaysia ganti alamat ke Jakarta dan membuat pesanan makanan.

Saya cuma nak cakap, terima kasih banyak-banyak kerana telah memberi sokongan pada Indonesia.

Sekadar info, Indonesia ketika ini sedang dilanda gelombang protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).

Keadaan di sana menjadi semakin tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ sehinggakan mencetus kemarahan rakyat.

Sumber: Threads @larasatipusparasa