berita

Wanita Ini Dakwa Katerer Tabur Janji Manis, Hidang Nasi Basi & Ayam Bau Bangkai

February 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular di TikTok apabila seorang wanita memuat naik sebuah video yang menunjukkan syarikat katering yang diupahnya menyediakan makanan tidak berkualiti apabila didapati sudah basi dan berbau.

Artikel Berkaitan: Bakal Pengantin Berputih Mata Kena Scam Hampir RM11k, Polis Cari Suspek Tipu Pakej Kahwin

Artikel Berkaitan: Order Katering Untuk 700 Orang, Yang Sampai Nak Makan 50 Orang Pun Tak Cukup…

Katerer menipu

Menurut wanita itu, semasa sesi ‘food tester’, semuanya baik-baik sahaja yang membuatkan dia percaya pada syarikat katering tersebut untuk menyajikan makanan pada majlis nanti.

Namun, lain pula jadinya pada hari majlis, apabila dia mendapati nasi yang dimasak lembek dan sudah basi manakala lauk ayam pula berbau.

Ini nampak tak, nasi lembik. Betul-betul letak pewarna sahaja, tak ada bau nasi minyak langsung.

Hantar nasi basi dan ayam bau bangkai. Ayat manis sangat. Minta balik duit dia asyik bagi alasan.

Justeru itu, wanita tersebut bakal menyaman syarikat katering berkenaan akibat perkhidmatan yang sangat teruk.

Netizen Bersimpati

Menjengah di ruangan komen pada klip video tersebut ramai warganet yang turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang diterima oleh wanita tersebut. Dalam pada itu, ada di antara mereka juga berkongsi tentang pengalaman yang sama.

OhBulan! meninjau ke akaun TikTok wanita itu dan mendapati dia telah memuat naik satu lagi bukti gambar daripada tetamu yang mengadu terdapat bulu ayam pada lauk ayam yang berbau itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×