Zaman yang serba moden ini, ramai pasangan pengantin yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan katering berbanding bergotong-royong bersama ahli keluarga dan penduduk kampung menyediakan juadah untuk majlis perkahwinan. Penggunaan khidmat katering secara tidak langsung dapat meringankan beban pihak keluarga pengantin malah dapat menjimatkan masa.
Artikel Berkaitan: Lagi 2 Minggu Nak Nikah Bakal Suami Cakap Duit Hantaran Tak Cukup, Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin
Artikel Berkaitan: Persiapan Majlis Kahwin 100% Dah Siap, Gadis Akur Kena ‘Cancel’ – ‘Sedekah Barang Goodies Untuk Orang Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Namun, lain pula yang terjadi kepada satu pasangan pengantin ini apabila pihak katering didakwa menipu mereka dengan mengurangkan jumlah makanan seperti mana yang telah dipersetujui.
‘Hari paling palit’
Menerusi luahan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Norafiza di laman TikTok, tampil menceritakan satu mimpi buruk yang menimpa mereka sekeluarga berikutan pihak katering dipercayai menipu mereka.
Hari kebahagiaan bertukar kesedihan. Tragedi paling sedih untuk saya dan family saya.
Dakwa wanita ini, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu yang lalu (4/6/2022) apabila tempahan makanan bagi menjamu 700 tetamu yang hadir tidak dapat disediakan oleh pihak katering. Lebih menyakitkan hati, makanan yang dihantar hanya mampu dihidangkan kepada 50 orang sahaja.
Tak expect boleh jadi, bila jadi depan mata menangis tak berhenti. Semoga Allah membalas di sana
Order 700 pax yang sampai kurang 50 pax.
Kecewa dengan tindakan katering, pengantin wanita tidak dapat menahan kesedihan sebelum ditenangkan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian.
Ketika artikel ini ditulis, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini dan meminta supaya dia melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sayu hati, majlis hancur huru-hara disebabkan bridal yang macam hanat.
Video penuh:
@nurulnorafizaHari yang paling takkan lupa dan paling pahit untuk saya???? Cinta Sampai Mati – Kangen Band
Sumber: Nurul Norafiza