berita

Wanita Ini Sanggup Tinggalkan Teman Lelaki Demi Rai ‘Anniversary’ Dengan Pokok

September 16th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Setiap manusia menginginkan pasangan hidup yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perkahwinan juga dianggap sebagai fitrah semula jadi kepada manusia.

Namun di United Kingdom, England, seorang ibu kepada dua anak bertindak berkahwin dengan sebatang pokok dan turut meraikan ulang tahun pertamanya dengan pokok tersebut.

Keputusan terbaik dibuat

Foto: Mirror UK

Wanita yang dikenali sebagai Kate Cunningham, 38 tahun sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan sebatang pokok.

Dia juga sanggup menukar namanya kepada Elder setelah dia ‘berkahwin’ dengan sebuah pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside sejak September tahun lalu.

Menurut Kate yang merupakan bekas seorang guru, keputusan berkahwin dengan pokok adalah keputusan terbaik walaupun salah seorang daripada anak malu dengan tindakannya. Baginya, pokok tersebut adalah keutamaan bagi dirinya dan membuatkan kita semua terus hidup melalui oksigen yang dilepaskan.

Tidak kisah kecaman netizen

Foto:  Mirror UK

Ujarnya, berkahwin dengan pokok membuatkan dia lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak pedulikan dengan segala kecaman netizen.

Malahan, berkahwin dengan pokok memberikan Kate tujuan baharu untuk terus hidup dan berhadapan dengan hari-hari yang mendatang. Kate mendapat inspirasi untuk berkahwin dengan pokok apabila mengetahui tindakan seorang aktivis wanita di Mexico bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram.

Dia juga berharap taktik yang digunakan dapat menyelamatkan Rimrose Valley Country Park daripada dijadikan lebuh raya.

Sumber: Mirror UK

The following two tabs change content below.

×