berita

‘Wanita Juga Ada Hak’ – Dr Zulkifli Mohon Kerajaan Teliti Isu Status Kerakyatan Anak Dilahirkan Wanita Malaysia

August 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Dewan Negara membahaskan usul berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Artikel berkaitan: ‘Saya Di UK Bekerja, Bukan Buat Perkara Tak Berfaedah’ – Dr Amalina Bidas Kritikan Netizen Isu Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak

Menurut Senator, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kaum wanita di Malaysia juga mempunyai hak berkaitan isu berkenaan.

Perlu diteliti dengan holistik oleh kerajaan

Ujar Dr Zulkifli, hak seorang wanita khususnya seorang ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysian bagi anak-anaknya perlu diteliti dengan holistik oleh pihak kerajaan. Tambahnya, dalam Islam, wanita boleh bersuara menuntut hak mereka pada perkara-perkara yang wajar.

Saya bawakan hadith Ummu Hani’ yang memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau memberi perlindungan kepada dua orang iparnya dari kalangan orang-orang kafir ketika pembukaan kota Mekah.

Ini isyarat besar daripada Rasulullah SAW sendiri betapa suara wanita perlu didengari dan diberi perhatian serius.

Jelas Dr Zulkifli, negara berpotensi kehilangan satu demi satu modal insan yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan.

Malaysia adalah salah satu daripada 28 buah negara dunia yang masih mengekalkan hak bapa sahaja untuk memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak. Dalam masa yang sama, isu-isu lain atau “loop hole” yang terkait dalam hal ini wajar juga dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangan atas faktor perlembagaan.

Di akhir perkongsian, Dr Zulkifli yakin bahawa ada penyelesaian yang harmoni dan adil dalam isu ini.

Sumber: Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×