Jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT dan sebagai seorang manusia kita hanya mampu merancang dan berserah segalanya.
Begitulah situasi yang dialami oleh seorang wanita yang bernama Nur Malina apabila bakal suami yang merupakan tunangnya, Shahrizuan Bin Shukri meninggal dunia selepas ditemui lemas pada 30 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Abang Meninggal Dunia Sehari Sebelum Majlis Kahwin Adik – ‘Semua Dah Berkumpul, Tunggu Abang Tak Sampai-Sampai’
Kahwin dengan abang arwah
@malinaaaaa99 Alhamdullillah ya allah? 8 September 2023 sy sah menjadi isteri kepada SHAHRON BIN SHUKRI?? abang kepada arwah tunang sy shahrizuan bin shukri… ALLAHUAKBAR benarlah jodoh itu rahsia allah??? assalamualaikum zauj?? terima kasih abe shahron kerana sudi menjaga titipan dari arwah, arwah mesti bangga dgn abe? terima kasih bersedia utk bercinta slps kahwin????? Menerima zauj dari jawapan illahi melalui istikarah… allah? semoga yg baik2 buat kita duhai kekasih baru ku yg halal???? thanks for all the dua??? may allah bless u all??#shahron?nina ? original sound – Nur Malina
Terbaharu, Malina meraih perhatian wargamaya apabila memuat naik video memaparkan dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang merupakan abang kepada arwah tunangnya pada September yang lalu.
Alhamdulillah Ya Allah, 8 September 2023 saya sah menjadi isteri kepada Shahron Shukri, abang kepada arwah tunang saya, Shahrizuan Shukri.
Allahuakhbar, benarlah jodoh itu rahsia Allah.
Menurut Malina, keputusan untuk menerima lamaran abang kepada arwah tunangnya itu diterima melalui solat istikharah yang dilakukan.
Malina juga menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang sudi menerima dan memilih untuk bercinta selepas kahwin.
Assalamualaikum zauj, terima kasih abang kerana sudi menjaga titipan dari arwah. Arwah mesti bangga dengan abang, terima kasih bersedia untuk bercinta selepas kahwin.
Menerima awak adalah dari jawapan Illahi melalui solat istikharah.
Semoga yang baik-baik buat kita duhai kekasih baharuku yang halal. Terima kasih untuk semua doa kalian, semoga dirahami Allah.
Menerusi video itu juga, terpampar wajah sebak Shahron yang menitiskan air mata di dalam sebuah kereta dipercayai sejurus selepas mereka selesai diijabkabulkan.
Malina juga dilihat berkongsi beberapa foto memaparkan momen-momen bahagia mereka sambil mengenakan busana pengantin berona putih.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka melihat perkongsian Malina itu dengan menyifatkan arwah tunang Malina dan suaminya itu mempunyai raut wajah yang hampir sama.
Mereka juga menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan Malina dan suami dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.
Terdahulu, tularnya video dimuat naik Malina memaparkan arwah tunangnya, Shahrizuan yang meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka.
Video
@malinaaaaa9930JUNE2023 yg sepatutnya menjadi hari bahagia kita bertukar menjadi hari bersejarah bg nina?? Alhamdullillah selesai majlis tahlil buat arwah shahrizuan bin rosewati?? lelaki terbaikku? nina juga buat khatam al-quran?? tiada benda lain yg mmpu nina buat utk buktikan kasih dn syg nina utk shah? hanya bacaan suci al-quran utk bidarara sy?? nina ingat sokmo pesan shah suruh ngaji hari2?? nina habiskan 30juz niat smata2 utk mengiringi shah di alam sana… syg sungguh nina dkt shah kan??? YA ALLAH terima kasih dgn perjalanan hidup yg sukar tp indah ini? pegang hati kami utk sentiasa berada didalam rahmatmu??? nina mnusia yg lemah yg bnyk sgt silap yg allah tutup aib… kurangkan pujian lebihkan doa ye… doakan nina terus istiqamah dlm keredhaan utk menerima smua yg allah tetapkan tanpa keluhan doakan nina terus kuat perjuangan didunia? semoga pahala hidayah dan istiqamah ini mngalir kpda shahrizuan bin rosewati? allah jadikan dia asbab kita berbuat kebaikan bukan lah nina yg hebat bukan lah nina yg kuat tp arwah ni yg hebat… ALLAHUAKBAR?? (al-fatihah dibaca buat arwah)? Takdir Memisahkan – Arjuna 89
Sumber: TikTok