berita

Wanita Kantoi Bunuh Kucing, Rupanya Nak Rebus & Makan Untuk Rawat Sakit Asma

February 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita didakwa tergamak membunuh beberapa ekor kucing sebelum haiwan itu dimasukkan ke dalam satu karung. Lebih mengejutkan apabila wanita itu sendiri mengaku mahu merebus dan memakan haiwan tersebut hanya untuk mengubati penyakitnya.

Rebus, makan kucing

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada CNN Indonesia, perbuatan tersebut akhirnya terkantoi selepas penduduk kampung di Jakarta Barat, Indonesia menemui satu karung yang berisi kucing di rumah wanita terbabit. Oleh hal demikian, penduduk kampung telah melaporkan kepada pihak polis.

Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kalideres, AKP Anggoro, wanita itu mempercayai bahawa dengan memakan kucing dapat membantu merawat penyakit asmanya.

Wanita itu merebus dan makan kucing untuk ubati penyakit asma.

Selesai secara baik

Menurut sumber, salah seekor kucing yang dibunuh oleh wanita ini adalah milik ketua Rukun Tetangga di kawasan tersebut. Pihak polis kemudian mengambil keterangan daripada pemilik kucing itu dan dia bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara damai selain tidak mahu memanjangkan kes ini ke muka pengadilan.

Video tersebut telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan kejam wanita berkenaan. Malah ada yang tertanya-tanya bagaimana dia tergamak merebus dan memakan haiwan tersebut.

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×