berita

Suami Outstation Di Langkawi, Isteri Bawa Lelaki Masuk Dalam Rumah – ‘Bukan Main Lagi Dekat Dapur, Aku Pun Tak Pernah Buat Dekat Situ’

January 23rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

isteri curang

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki berasa kesal dan mendakwa isterinya berlaku curang ketika dia sedang bekerja di luar kawasan.

Artikel Berkaitan: Suami Giat Cari Skandal Isteri, Didakwa Curang Ketika Di Madinah & Sempat ‘Check In’ Hotel

Artikel Berkaitan: Pelamin Angan Ku Musnah Lepas Bakal Suami Kantoi Layan Servis Sek* Rakan Pejabat

Kecewa seorang suami

isteri curang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi luahan yang dikongsikan di platform X, individu tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan bersama lelaki lain.

Difahamkan isterinya membawa masuk rakan sekerja ke dalam rumah tanpa kebenarannya.

Aku outstation lima hari dekat Langkawi. Aku ada pasang hidden camera dekat rumah dan dia (isteri) tak tahu pun dekat mana. Malam hari pertama, dia bawa kawan dia, aku faham dia sunyi tapi..

Hari kedua, ketiga dan keempat dia bawa seorang lelaki. Lelaki tu kawan sekerja dia. Masa hari kedua dia datang sekejap je. Hari ketiga dan keeempat mereka bermalam, sial kan?

Tidak tahan dengan sikap isterinya, lelaki tersebut ketika ini sedang mengumpul bukti untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Aku tengah kumpul bukti lagi nak rujuk mahkamah. Lelaki tu pun aku tengok bukan main lagi bersama isteri aku dekat dapur, aku pun tak pernah buat dekat situ.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam wanita berkenaan yang sanggup bermain kayu tiga semasa suaminya mencari rezeki.

Dalam masa yang sama, mereka menyokong tindakan lelaki tersebut dan mendoakannya agar urusan untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan dipermudahkan.

Astaghfirullah, bro semoga kemenangan di pihak kau. Tolong jangan bagi muka dekat dua-dua tu , kumpul bukti, jatuhkan talak dan hantar juga bukti tu dekat syarikat dia orang kerja. Buat sampai dia orang jatuh terduduk bro.

Lepaskan je perempuan macam tu. Tak faham aku dah ada laki nak juga ‘makan luar’, siap bawa masuk rumah sendiri pula tu tak ada rasa bersalah ke?

Sabar, jangan nampk stres sangat dan kekal tenang. Kumpul bahan bukti dulu lepas tu dah cukup kasi talak sama dia.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×