berita

Wanita Kecewa Anak Diberi Makan Sosej Daging Babi Ketika Waktu Rehat Di Sekolah

July 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Seorang ibu, beragama Islam meluahkan rasa kesal selepas anak-anaknya dipercayai diberi makan sosej daging babi ketika waktu makan tengah hari di Sekolah Rendah Hollyfield, di Sutton Coldfield, Birmingham.

Diberi makan daging sosej babi

Foto: Daily Mail

Mussrat Bibi, 41, menerusi laporan Daily Mail, menjelaskan apa yang berlaku membuatkan semua ahli keluarganya berasa jijik malah salah seorang daripada anaknya jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Saya tidak pernah melihat anak-anak saya jatuh sakit seperti itu (selepas makan sosej babi). Mereka tidak pernah ada masalah dengan makanan yang saya sediakan di rumah.

Satu keluarga kami jatuh sakit selepas itu, selain kami juga berasa amat jijik.

Susulan daripada insiden tersebut, wanita ini memberhentikan dua anaknya, Rayhaan dan Sufiyaan daripada sekolah berkenaan dan dia turut menyelar golongan pendidik di tempat berkenaan yang disifatkan jahil mengenai agama.

Bagaimanapun, jurucakap kepada sekolah berkenaan telah tampil memohon maaf atas apa yang telah terjadi dan akan meneliti insiden tersebut supaya tidak lagi berulang.

Saya sudah adukan kepada pihak sekolah dan saya berasa amat kecewa kerana mustahil mereka (guru) tidak tahu orang Islam tidak boleh makan daging babi.

Sekolah perlu lebih peka

Foto: Daily Mail

Dalam pada itu, wanita ini menegaskan pihak sekolah perlu lebih berwaspada dan perlu memaklumkan kepadanya jika mereka tidak dapat menyediakan makanan halal.

Ujarnya lagi, dia boleh menyediakan bekal setiap hari kepada anaknya asalkan pembelajaran mereka tidak terganggu.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×