Tidak dinafikan, mengerjakan ibadah Umrah bersama anak kecil memerlukan persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal. Mana tidaknya, ragam anak yang pelbagai kadang kala menguji kesabaran ibu bapa. Di Facebook, Puan Eida Ilham berkongsi pengalaman ketika membawa dua orang anak kecil mengerjakan Umrah. Salah seorang daripada anaknya merupakan anak autisme.
Bawa anak autism buat Umrah
Seronok suasana pagi di Mekah. Menuju ke Masjidil Haram
[Pengalaman mengerjakan Umrah bersama anak normal & anak autism]
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Alhamdulillah awal 2019, Cikda dan Abegat sepakat untuk menunaikan Umrah kali pertama dan tanpa fikir panjang anak-anak pun dibawa sekali. Alhamdulillah juga kali ni ibu dan ayah Cikda juga kami bawa bersama. Cikda yakin impian kita semua yang bergelar anak ni salah satunya ialah nak bawa Ibu Ayah ke Tanah Suci sebab impian Cikda pun begitu.
Mama kenan sangat baju pakistan ni. Nah pakai la bangggg
Cikda mula membaca tentang pengalaman membawa anak kecil ke Tanah Suci, banyak bertanya juga pendapat dari orang yang berpengalaman bawa anak menunaikan Umrah. Semuanya positif, jadi dari situ Cikda dan Abegat yakin dengan keputusan yang kami buat iaitu bawa anak-anak sekali. Cuma maybe kami kena double triple persediaan mental dan fizikal sebab Megat Iman tak macam kanak kanak lain. Dia Mild Autism.
Jadi hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 3 Dec 2019, 10.00 pagi. Penuh debaran, doa dipohon tak putus-putus moga Allah SWT permudahkan semuanya. Perjalanan 8 jam tak terasa lamanya sebab dua-dua pun banyak tidur dalam kapal terbang. Kalau tak tidur pun dorang duk layan kartun kat tv masing masing. Perut pun tak sempat lapar, kejap kejap makanan dihidangkan.
Alhamdulilah semua dipermudahkan
Budak ni paling behave sekali. Alhamdulillah.
Dalam cawan tu bukan air taw tapi sosej. Tapaw dari hotel buat bekal kudap kudap
Flight kami sampai di Airport Madinah dulu. Dari Airport terus ke Hotel di Madinah. Anak anak ceria, happy, kemana mana pun kami bawa. Ke masjid sebelum subuh pun kami bawa, senang sangat dorang bangun pagi tak meragam. Setiap kali masuk waktu, Megat Iman laa yang paling beria sekali nak gi solat kat Masjid. Alhamdulillah.
Manja mama. Dia bebel bebel nape ramai sangat orang tolak tolak masa tawaf.
Semua berjalan lancar hingga hari kami berangkat ke Mekah, Seri Aisya demam panas. Lembik merengek je taknak letak. Alhamdulillah ubat semua dah bawak siap-siap dari Malaysia. Sampai di Mekah selesai Umrah pertama, Cikda, Abegat dan Megat Iman pula demam. Maka berkampunglah kami di hotel tak kemana-mana.
Esoknya Alhamdulillah semua beransur pulih. Dapat selesaikan tawaf sunat dan sampaikan doa-doa dari keluarga dan sahabat-sahabat. Hinggalah hari berangkat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya. Megat Iman sangat-sangat behave kecuali masa dia demam tu memang dia extra manja. Biasalah budak kan. So Cikda kongsikan tips untuk ibu ayah yang nak bawa anak-anak kecil ke Tanah Suci.
Tips bawa anak kecil
Baru lepas kena tolak dengan rombongan belakang tu. dorang bergerak berantai.
Memang dorang rempuh je sape depan dorang tak kira la budak ke org tua
1. Sediakan ubat-ubatan secukupnya
– Untuk kes Cikda, ubat demam syrup dan supp (ubat punggung) tak mencukupi. Sebab dua-dua demam serentak. So kena beli ubat lain kat farmasi disana. Kalau kena beli, then beli je. Tak mahal pun. Sama je harga macam kat tempat kita.
– Ubat yang perlu dibawa, ubat demam syrup & supp, ubat batuk, ubat selsema, ubat cirit birit, minyak angin, kool fever dan ubat ubat lain.
2. Gadjet & Mainan
– Time nak travel jauh camni setiap sorang memang ada gadjet masing-masing. Tapi dorang tak tengok sangat pun sebab Cikda tak beli simcard untuk dorang. Pakai wifi hotel je laa tengok Youtube kejap-kejap. Mainan pun tak bawak, dorang pun tak mintak mainan kat sana. Tapi atas anak masing masing. Bawa laa untuk lekakan dorang.
– Cuma Megat Iman kena ada buku dan alat tulis. Time dia boring memang dia bukak buku untuk melukis. Buku dah penuh pun dia sanggup padam sebab kat sana tak tahu nak beli buku kat mana.
3. Harness
– Cikda beli untuk setiap sorang tapi tak pakai pun. Selalunya memang Megat Iman ni akan lari lari kalau keluar. Tapi kali ni dia tak lari jauh pun. Dia ade je dekat dekat. Tapi kita mak ni kena alert laa. Nampak nak lari jauh sikit terus jerit panggil nama dia. Satu Madinah boleh dengar.
Stroller & barang lain
Selesai Umrah pertama jam 10 malam waktu mekah. Jam 3 pagi waktu Malaysia
4. Stroller
– Sangat-sangat sangat penting stroller ni kalau bawa anak yang kecik kecik. Kesian anak nak jalan kaki. Letih juga kita nak mendukung je kan. Jadi bawak stroller. Mudah, dia pun boleh rehat dan tidur dalam tu. Time tawaf pun cikda letak Aisya dalam stroller. Tapi make sure dia tak berak tak kencing time tawaf & saie.
5. Selipar
– Kami empat beranak pakai kasut crocs je sepanjang kat sana. Selesa, tak licin, tak sakit kaki. Tapi kasut Abegat hilang kat Masjid Nabawi. Pilih kasut yang selesa. Kasut yang selesa pun boleh mempengaruhi mood kita. Yela, kalau kaki anak-anak sakit, kaki sakit, kang merengek je laa dorang kang.
1-2 jam sebelum azan subuh selalunya kami dah kat masjid. Kadang kadang tu nak tinggal bebudak ni kat Abegat sebab dorang tidur tapi tiba tiba kang dia celik mata nak ikut. So bawak je laa. Megat iman ikut papa, Aisya ikut mama
6. Makan
– Tak perlu risau makanan kat sana. Bebudak ni kalau nampak boring nak start cranky je terus Abegat belikan aiskrim. Aiskrim kat sana sedap-sedap. Confirm mood gembira dorang datang balik.
7. Pakaian
– Tak perlu bawak baju budak banyak-banyak. Bawak beberapa helai je selebihnya boleh beli kat sana. Murah-murah ibukkkk. Rambang mata nengoknya.
8. Sweater
– Kena bawa sweater untuk anak-anak. Sebab cuaca di Madinah hujung tahun memang sejuk. Lagi-lagi time subuh tu kan. Menusuk ke tulang sejuknya. Kesian kat anak kalau kesejukan nanti.
Setakat ni itu je yang Cikda ingat. Kalau ada lagi nanti Cikda tambah. Cuma kalau kita dah berniat nak bawa anak, jangan risau. Buat solat hajat dan doa banyak-banyak minta Allah permudahkan. Allah Maha Mendengar.
Cikda doakan semoga kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah SuciNya bersama anak anak dan keluarga. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber : Eida Ilham