Seorang individu yang berstatus orang kelainan upaya menjadi mangsa kelakuan keji oleh sembilan orang lelaki di sebuah pusat penginapan.
Artikel Berkaitan: Pelawak Berusia Lingkungan 40 Tahun Ditahan Polis Disyaki Rogol Gadis
Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’
Bentuk badan berubah
Memetik laporan TVonenews, mangsa takut menerima ugutan daripada pelaku sekali gus menjadi punca dirinya akur dengan perbuatan keji itu.
Walau bagaimanapun, segalanya terbongkar apabila gadis berusia 23 tahun itu didakwa memiliki perubahan pada tubuh badannya.
Dia bekerja di sebuah kedai makan bersama saudara yang lain.
Apa yang mencurigakan apabila dilihat ada perubahan pada bentuk badannya.
Hal ini diceritakan pada ahli keluarga mangsa dan segera dibawakan ke hospital.
Difahamkan, mangsa disahkan hamil enam bulan selepas melakukan pemeriksaan tubuh badannya.
Dirogol bergilir-gilir
Berkongsi lebih lanjut, mangsa menceritakan segalanya menerusi tulisan tangan kerana tidak berupaya untuk berkomunikasi secara lisan.
Kongsinya lagi, pelaku merupakan pelanggan di tempat dirinya mencari rezeki.
Saya dirogol oleh sembilan orang lelaki secara bergilir-gilir di sebuah pusat penginapan.
Pelaku mendapatkan nombor telefon saya dan dikongsikan pada rakan-rakan yang lain.
Sumber: TVonenews