berita

[VIDEO] ‘Sebagai Lelaki Hanya Setia Pada Satu, Curang Boleh Rosakkan Hubungan & Bisnes’ – Abang Tesla

August 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nasihat Lama Abang Tesla

Seperti yang kita tahu, pempengaruh dan pencipta kandungan, Muhammad Khal Iltizam Yusry atau lebih dikenali sebagai Abang Tesla baru sahaja mengumumkan dirinya berkahwin buat kali kedua menerusi satu hantaran dimuat naiknya di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Rest Kahwin Kali Kedua – ‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

‘Nasihat’ lama kembali tular

Nasihat Lama Abang Tesla

Terbaharu, tular semula video lama memaparkan pempengaruh berkenaan yang memberikan tips dalam rumah tangga dengan menasihati semua pengikutnya untuk sentiasa menghormati para isteri di luar sana.

Menerusi video tersebut, Abang Tesla dilihat memujuk isterinya yang dipercayai merajuk dengan membawanya membeli set kelengkapan baju sejuk di sebuah pusat beli belah.

Difahamkan, dia ingin membawa isterinya itu ke Switzerland bagi memujuk hati isterinya yang sedang merajuk.

Aku bukan takut isteri tetapi aku menghormati isteri aku. Disebabkan dia merajuk, aku nak bawa dia pergi Switzerland.

Jadi aku nak belanja dia shopping barang-barang untuk musim sejuk di sana.

Di akhir video tersebut, Abang Tesla menasihatkan kepada pengikutnya untuk tidak berlaku curang kerana tindakan tersebut hanyalah akan merosakkan hubungan serta perniagaan yang sedang dilakukan

Berkenaan isu nak kahwin dua ke tiga ke memang mampu sangat tapi sebagai seorang lelaki kita hanya setia pada satu.

Sebabnya bila kita berlaku curang, benda ni akan merosakkan hubungan dan bisnes.

Namun begitu, kata-kata yang dikeluarkannya itu dilihat sudah memakan dirinya apabila pempengaruh itu berkongsi momen dirinya menikah satu lagi.

Terdahulu, video pernikahan kali kedua Abang Tesla menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan pempengaruh tersebut.

Meskipun dikecam, pempengaruh itu menegaskan dia sudah pun mendapat izin dari isteri pertamanya untuk bernikah satu lagi.

Video

@ohbulanofficial Replying to @heartbreakkid Netizen korek balik video Abang Tesla ? #ohbulan #sembangentertainment #abangtesla #video #setia #pada #satu ? Epic – DM Production

Sumber: Twitter 

SKIP THIS AD ×