Gambar sekadar hiasan
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zainuddin Omar mencuri perhatian apabila berkongsi kisah seorang wanita yang dikatakan memaki hamun jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa.
Artikel Berkaitan: Setahun ‘Hilang’ Lepas Beberapa Hari Nikah, Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami & Tanam Bawah Katil
Madu muncul di hari kematian suami
Menerusi perkongsian yang dibuat, Zainuddin memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku kerana si isteri didatangi oleh wanita yang mengaku telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada suaminya.
Pernah terjadi di Taman Tun Dr Ismail, si suami meninggal dunia dan isteri kedua datang melawat dan membuat pengakuan.
Si isteri pertama maki hamun pada mayat suami yang terbujur.
Pandainya si lelaki menyorokkan isteri kedua di sebuah rumah hujung jalan yang sama selama 10 tahun.
Pengalaman itu dikongsikan Zainuddin selepas seorang pakar pewarisan harta puska Islam yang dikenali sebagai Muhammad Hanis Mazlan berkongsi situasi yang hampir sama pernah dialaminya.
Isteri kedua tuntut harta faraid
Menerusi hantaran yang dibuat, Hanis berkongsi pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan apabila si isteri melempang jenazah suami tatkala isteri kedua hadir menuntut harta.
Menurut Hanis, pengalaman itu berlaku sewaktu dia membantu menguruskan harta pusaka keluarga si mati.
Dalam banyak-banyak pengalaman urus pusaka, yang saya tak boleh lupa adalah apabila isteri lempang muka mayat suami apabila tahu yang suami kahwin dua senyap-senyap.
Isteri kedua datang tuntut bahagian faraid ketika urusan jenazah.
Perkongsia dua pemuda ini telah meraih perhatian wargamaya yang turut berkongsi pengalaman hampir sama yang pernah mereka lalui sebelum ini.
Komen netizen
Sumber: Facebook