berita

Wanita Malaysia ‘Curi’ Duit RM53 Juta Kini Diburu Polis Korea, Siap Padam Rakaman CCTV Lagi!

January 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pihak polis di Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Malaysia selepas wang dari sebuah kasino berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta) hilang secara misteri. Difahamkan individu terbabit merupakan salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana dari premis berkenaan.

Wang RM53 juta hilang

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada South China Morning Post (SCMP), kasino tersebut yang dikenali dengan nama Landing Casino terletak di kepulauan Jeju di Korea Selatan dan ianya merupakan milik firma Hong Kong.

Menurut sumber, Landing International Development Ltd. adalah pemilik firma Hong Kong dan merupakan pengendali sebuah resort terbesar di Korea iaitu Jeju Shinhwa World.

Rakaman CCTV dipadam

Kehilangan wang tersebut telah diwarkan-warkan oleh Landing International Development Ltd. kepada pemegang saham dan pelabur menerusi laman web rasmi mereka. Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memaklumkan sedang menjalankan siasatan dan memburu kakitangan yang terlibat iaitu seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an.

Difahamkan, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian ‘kecurian’ itu berlaku juga dikatakan telah dipadam. Walaupun begitu, mereka masih yakin bahawa wang itu masih berada di Jeju kerana keseluruhan wang tersebut dikatakan memiliki berat 280 kilogram. Oleh itu, ianya agak sukar untuk seseorang membawa keluar dan melepasi pelabuhan atau lapangan terbang.

Sumber: South China Morning Post (SCMP)

SKIP THIS AD ×