Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membakar isterinya sehingga mati dalam satu kejadian di Kampung Bharu, Manjung, Isnin lepas.
Maut dibakar suami
Sekadar gambar hiasan
Perbuatan kejam itu dipercayai berpunca kerana suspek berang dituduh mengambil dadah oleh isterinya. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, mangsa yang berusia 33 tahun itu sempat menerima rawatan di Hospital Seri Manjung sebelum disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga isterinya itu yang menuduh lelaki terbabit mengambil dadah.
Bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan pada 13 Julai bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Suspek berjaya diberkas dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Berita Harian