berita

Wanita Maut Dipercayai Disengat Tebuan Ketika Mendaki Di Bukit Gambir

November 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Wanita Maut Disengat Tebuan

Seorang wanita maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika sedang mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini (George Town) hari ini (Khamis).

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Berusia Lima Tahun Meninggal Dunia Selepas Disengat Lebih 60 Tebuan

Mangsa meninggal ketika ke hospital

Wanita Maut Disengat Tebuan

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pula Pinang (HPP).

Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.

Proses bedah siasat akan dijalankan esok (Jumaat) bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 sat beberapa individu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang terbaring dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×