berita

Wanita Maut, Kereta Dinaiki Terbabas & Tertusuk Besi Penghadang Jalan

August 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Wanita Maut Kereta Tertusuk Besi Penghadang Jalan

Foto: Harian Metro

Seorang wanita disahkan maut manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan tertusuk pada besi penghadang jalan di kawasan Suai Jalan Pan-Borneo, Miri pada petang Ahad.

Artikel Berkaitan: Anak Terjatuh Dari Katil, Ibu Terkejut Kepala Tertusuk Besi Cermin Mata Hingga Tembus Tengkorak

Tertusuk ke bahagian belakang kereta

Wanita Maut Kereta Tertusuk Besi Penghadang Jalan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, besi penghadang jalan tersebut dipercayai tertusuk hingga ke bahagian belakang kenderaan yang dinaiki mereka disebabkan oleh impak yang cukup kuat dari rempuhan tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan dari orang ramai.

Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan bagi diberikan rawatan lanjut.

Tambah Rary lagi, kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika proses menyelamat dilakukan sebelum salah seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Diana Tinsie Douglas yang baru sahaja berusia 20 tahun.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×