berita

Wanita Maut Dipercayai ‘Terjatuh’ Dari Tingkat 4 Pusat Beli Belah 1 Utama

May 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pusat membeli-belah terkemuka di Damansara, One Utama dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu tragedi seorang wanita terjatuh dari tingkat empat di pusat beli-belah berkenaan.

Terjatuh dari tingkat 4

Foto: Smart Local

Difahamkan, kes tersebut baru sahaja berlaku tengah hari tadi dan pihaknya telah membuat laporan polis bagi menyiasat punca kejadian tersebut. Wanita itu dikatakan meninggal dunia.

Kes tersebut telah diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut. 

Pada masa yang sama, pihak One Utama turut menyampaikan pesanan kepada orang ramai untuk merujuk dengan pakar jika mempunyai sebarang masalah mental.

Kami ingin mengakhiri pengumuman ini dengan berkongsi bahawa sesiapa yang mengalami masalah kesihatan mental boleh menghubungi Talian Kasih di 15999 atau menghubungi Befrienders di 03-76272929.

Sumber: One Utama

SKIP THIS AD ×