Foto: JBPM
Seorang wanita disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 di sebuah kondominium yang terletak di Taman Sri Gombak, petang semalam (Ahad).
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut, Jatuh Bangunan Selepas Pulang Mengaji
Gambar sekadar hiasan
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan wanita berusia 20 tahun itu pada jam 3.01 petang.
Susulan itu, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Punca kejadian masih lagi belum dikenal pasti.
Sumber: Kosmo