berita

Wanita Maut Jatuh Gaung Ketika Mendaki

November 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang gadis, apabila terjatuh ke dalam gaung ketika sedang mendaki di Bukit Banang, Batu Pahat, Johor. Ekoran daripada insiden tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Terjatuh gaung

Menerusi laporan Berita Harianmangsa yang dikenali sebagai Aina Nabilah Yusuf, berusia 20 tahun, terjatuh ketika sedang mendaki pada pukul 11.34 pagi hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor insiden tersebut telah menyebabkan mangsa terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 80 meter.

Mangsa dipercayai melakukan aktiviti berbasikal, sebelum menyambung aktiviti mendaki sempena cuti umum Deepavali bersama seorang lagi rakannya.

Terus hubungi pihak bomba

Foto: LeeWay

Ketika insiden tersebut berlaku, pendaki lain yang ternampak mangsa terjatuh, terus menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa ketika itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, akibat cedera parah yang dialami olehnya.

Mayat mangsa telah berjaya dibawa naik pada jam 3.46 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan seterusnya. Operasi terbabit, telah menggunakan 16 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Pahat dan Penggaram.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.18 petang.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×