Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita di Perancis meninggal dunia selepas menikmati masakan ikan sardin di restoran di Bordeaux bersama pelanggan lain yang kebanyakannya warga asing pada minggu lalu.
Maut lepas makan sardin
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan New York Times, mangsa yang berusia 32 tahun itu dipercayai diserang Botulisme iaitu penyakit saraf serius yang biasanya disebabkan oleh memakan makanan yang tidak diawet dengan sempurna.
Sementara itu, lapan individu lain yang turut menikmati hidangan makan malam yang sama kini masih menerima rawatan kecemasan malah ada di antara mereka menggunakan alat bantuan pernafasan.
Menurut sumber, kesemua mangsa telah makan ikan sardin yang diawet sendiri oleh pemilik restoran “Tchin Tchin Wine Bar” di Bordeaux, antara 4 hingga 10 September lalu.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menjalankan pemeriksaan dan melakukan siasatan lanjut terhadap restoran tersebut.
Sumber: New York Times